Friday, August 27, 2010

Astaghrafirullah 'al azim....

pg td aku dpt email dari member kat tmpat keja.. dia attached bnda alah kat bawah ni.. apa pndapat korang.. mengucap panjang bila aku bca bnda2 mcm ni..
salah siapa agaknya bnda ni jd mcm ni.. sedih mengenangkan generasi skrang..

kt sama2 b'doa supaya kt tak jd dlm golongan mcm ni



Thursday, August 12, 2010

n3 tngah ari

kaaaaakak... sejak 2-3 arini Alisha asyik menggelar diri dia akak.. ntah mana dia dngar n belajar .. tak tau lah..

makin ari makin bnyak patah perkataan alisha pndai sebut.. n makin ari makin ngaruk dibuatnya.. mak aku ckp dia ngikut perangai aku.. nak nak bab panjat meja..

smlm blik keja mak aku dh ngadu si alisha ngaruk .. abis biskut disepahkannya.. aku ok je.. alah biasalah kan.. tp bila aku dh lap meja makan.. dh siapkan pinggan atas meja.. alih2 dia bleh naik atas meja.. naik meja tu ok lg.. coz aku perhatikan dia duduk smbil main sudu garfu.. tup tup.. tak smpai 5 minit dia b'diri smbil goyangkan badan.. aduuuhhaii.. alisha2 .. b'derau darah ni.. tp muka dia selamba je.. menyegih2..

skrang ni mmg tak bleh lpas pandang.. jgnkan meja.. moto atuk pun dia nak naik.. klau kt marah bleh plak dia menonggeng-nonggeng merajuk..

entry kali ni xde pic.. saja je nak taip kat sini.. maklumlah bulan2 pose ni time lunch tu tak tau nak buat apa..

apa2 pun.. even alisha agak notti b'banding baby gurgle yg aku kenal.. tp stiap kali on the way blik umah.. sure dh t'bayang apa lg kelaku yg dia nak buat.. bila tgok dia tdo mcm kesian plak.. mmg gaya mcm org keja menoreh... letih sesangat rupa time tdo tu..

Tuesday, August 10, 2010

iNfo KeSihAtan



sejak akhir2 ni aku bnyak baca pasal Kidney Failure.. maybe sbb aku tak snggup tgok Mak Siti skit.. berat mata memandang,berat bahu memikul..
smbil buat keja.. aku cari gak informasi pasal pesakit buah pinggang.. apa yg menyebabkan skit buah pinggang.. apa makanan yg bleh dimakan.. aritu aku dh cari dah info.. tp aku just print.. kali ni aku surf lg.. moga dngan info ni bleh arr sama2 kt kongsi ilmu.. insyAllah..



Buah pinggang merupakan organ yang amat penting dalam sistem badan seorang manusia. Selepas otak dan jantung yang berfungsi untuk membolehkan manusia terus hidup,manusia bergantung kepada buah pinggang dalam menjamin kehidupan yang lebih sempurna. Ini kerana buah pinggang amat penting terutamanya dalam mengawal kandungan air di dalam badan seorang manusia.

Tanda-tanda yang berkemungkinan besar disebabkan oleh kerosakan buah pinggang dan salur pencernaan bagi manusia.
Terdapat beberapa tanda yang boleh dikenalpasti dalam menentukan perkara ini.Antaranya ialah kelesuan,muntah-muntah dan gatal-gatal pada bahagian kulit.Keadaan ini biasanya terjadi pada seseorang yang mengalami kegagalan buah pinggang.
Tanda-tanda ini hasil daripada pengumpula bahan buangan metabolisma badan termasuk asid yang mana buah pinggang gagal untuk mengkumuhnya.Kelesuan mungkin berpunca daripada pengurangan penghasilan sel darah merah;sering berlaku dalam kegagalan buah pinggang di tahap yang kronik.
Selain itu,pembengkakan terhasil daripada pengumpulan cecair dalam tissu (edema).Pembengkakan ini menyebabkan penambahan berat badan.Kebiasaannya,pembengkakan berlaku pada bahagin buku lali dan kaki,tetapi boleh juga berlakupada bahagian abdomen, bahagian belakang badan (bawah), tangan dan muka. Pembengkakan juga boleh berlaku disebabkan masalah buah pinggang yang menyebabkan kehilangan kandungan protin yang tinggi(terutamanya albumin) dalam air kencing(nefrotik sindrom).
Seseorang itu juga akan menghadapi masalah dalam membuang air kencing.Kebanyakan manusia membuang air kencing 4-5 kali sehari dan kebiasaannya pada waktu siang.Secara normal,orang dewasa membuang air kencing 3-6 cawan air kencing dalam sehari manakala bayi membuang air kncing dalam 1 cawan air sehari.Apabila kandungan gula dalam badan terlalu tinggi,seseorang akan lebih kerap membuang air kencing dan sebaliknya.Penghasilan air kencing yang terlalu banyak adalah tindakbalas daripada kandungan gula(glukose) yang tinggi dalam darah(seperti dalam diabetis mellitus), atau disebabkan buah pinggang yang kurang bertindakbalas terhadap hormon antidiuretic(nefrogenik diabetis insipidus).
Secara umumnya, buah pinggang amat penting terutama dalam membantu mengawal tahap metabolisma badan.Kadar pemakanan yang sihat dan jumlah yang betul amat membantu dalam menjaga kesihatan buah pinggang.Anda juga disarankan menjalani pemeriksaan air kencing di klinik-klinik atau hospital-hospital yang bertauliah untuk mengetahui tahap kesihatan buah pinggang anda.Mencegah itu lebih baik daripada mengubati...


Selain info kat atas ni... aku nak tambah skit.. kawalan pemakanan juga sngat pnting.. terutama bg pengambilan protein, garam, fosfat , potassium, kolesterol dan gula.. smuanya ni bleh merangsang kerosakan jika diambil berlebihan..

antaran makanan yg perlu dikurangkan ialah pengambilan makanan kaya protein seperti ikan, daging, makanan laut, kekacang atau biji-bijian, susu dan produk tenusu.

sumber mkanan yg kaya potassium juga perlu diambil kira.. makanan spt ini bleh menyebabkan degupan jantung tidak normal.. antara makanan yg lebih potassium ialah pisang, oren, buah-buahan kering, kekacand dh setengah sayur b'daun hijau..

pesakit juga perlu b'waspada dngan makanan yg m'punyai kandungan garam yg tinggi spt kicap masin, sos tomato atau cili, sos ikan, sos tiram dan makanan dengan MSG..

hUjUng mInGgU @ kLuAnG

Sabtu lpas aku cuti.. saja ambik cuti sbb dh jnji ngan ayah nak bawak g umah ijat.. ijat dh pndah kluang.. aritu ktorg dh pegi... tp kali ni pegi b'malam kat umah bujang tu.. ayah dh plan nak b'kebun a.k.a nak bersihkan semak samun umah si ijat n nak mengecat bilik2 umah tu...




cadangnya nak b'tolak sbtu pg.. seawal pg arr kononnya.. tp en.suami nak g spital nak tgok opah dulu.. lgpun aku tak kemas barang lg.. dlm pkl 8 mak tepon bgtau k.dila n family nak ikut.. katanya boring dok umah .. so ktorg pn ok je.. lg ramai lg meriah.. mmg jenis keluarga yg suka meriah2.. walaupun xde aktiviti menarik pun..

dlm pkl 11 b'tolak g kluang.. smpai sesat2.. poyo je .. pdhal bkn jauh pun.. kluang je.. mlm tu xde aktiviti pun.. dok lepak smbil tngok movie je.. yelah umah si ijat tv je gabak besar.. tp xde astro..

oleh kerana umah ijat tu dh dkat ngan Gunung Belumut.. ktorg pun decide utk g sana.. dlm pkl 8 lebih kuar umah.. sarapan kat Kluang Railway.. pas sarapan zuuuppp trus ke GUnung Belumut.. oleh kerana plan mengejut.. mmg x bawak apa2 arr.. b'kelah dlm kelaparan.. kena beli smuanya.. nak masak pun bkn ada dapur umah si ijat tu.. tp yg syoknya.. tmpat tu bleh buat BBQ.. mmg dh sediakan tmpat utk bakar2.. tgok arr.. klau rajin bleh ke sana lg.. sapa2 nak ikut.. jommmmmmmm .. kekadang syok kt g b'kelah ni.. aritu walaupun smuanya tak plan.. tp kira ok arr.. yelah masuk pun free..








dlm pkl 12 ktorg siap2 utk blik umah.. pkl 4 btolak blik p.gudang..

Salam Ramadhan




Alhamdulillah.. syukur pada yg Esa.. dpt aku smbut Ramadhan kali ni..
thn ni adalah thn ke 4 aku berpuasa ngan en.suami n tahun ke 2 beraya sbg mama.. thn lpas baju2 alisha aku beli awal.. tp thn ni tak smpat tu smua.. tgok arr klau ada rezeki insyaAllah adalah...

Alhamdulillah.. Mak Siti a.k.a Opah Alisha dpt smbut puasa di rumah.. yelah sian kat e'in gak coz kena puasa kat spital.. bkn apa.. tak selesa kat spital tu.. lglah first day puasa.. nak dpt feel tu agak payah kan.. huhuhu

oooppss melalut bnyak plak.. di bln mulia ni aku nak susun kemaafan kpd smua.. sama ada kenal ke tak kenal ke... rapat ke tak .. ipar2.. duai2.. harap2 segala perkataan.. perbuatan yg buat korang terasa.. kecik ati.. meluat.. moga2 dimaafkan arr yerk.. yelah kt ni kekadang tak perasan segala apa yg kt buat .. ada yg terasa..

ok arr.. smoga ramadhan yg dtg m'beri seribu makna utk kt smua..

lastly peace no war..

Friday, August 6, 2010

selingan skit je

selingan skit.. lama giler tak update or tnjuk gmbar anak dara.. anak dara skarang makin m'jadi2 aktifnya..



solat magrib ngan atok.. b'ia-ia pakai tudung


kena paksa posing ngan atok.. muka tak suka


gmbar notti paling t'baru.. ada ke dia nak baring dlm trolley tu..

opah ooo opah

dari ari jumaat tekak ni gatal2 je.. mmg tak brapa sihat.. ambik ubat tp tak makan btul2.. yelah klau makan ubat sure aku tdo kat ofis.. sudahnya batuk2 ni tak ilang.. siap ambik nabulizer lg..
tp bkn kisah skit aku yg aku nak kepohkan ni..

aku nak citer pasal mak mertua aku ni.. a.k.a Opah alisha
korang tgok je gmbar kat bawah ni.. aku tgok aku sedih.. tp tu smalm.. arini aku dh bleh snyum.. heheheh..
kisahnya mcm ni.. mak mertua aku dh disahkan mengalami kerosakkan buah pinggang end stage.. tapak utk buat dialisis mmg dh nak masuk sbulan kot.. tp aku tak tau arr mana silapnya n mana masalahnya.. tak buat gak dialisis.. smpai ke tahap mak mertua aku tdo pun duduk je.. aku ni mmg tak bleh tgok.. maklumlah aku ni pun ada pnyakit smput.. so aku dpt rasakan arr klau nafas kt ni t'cungap2 mmg seksa.. last2 aku mintak permission akak ipar aku utk bawak mak ke tmpat aku keja..
ngeri wei.. ingatkan just nak mintak opinion dari Nephrologist... tup tup.. trus emergency case.. sbb mak sesak nafas... msuk je A&E result chest x-ray pun kuar.. mmg fluid overload.. sbb tu dia tak bleh tdo bring.. even duduk b'sandar pun tak bleh.. korang bayangkan arr klau tdo duduk.. gmbar kat bawah ni masa opah dh lega dpt gas.. tp ni smua smentara.. selagi tak buat dialisis air tu ttp ada kat paru2..



lpas dr fauzi jmpa mak.. doktor nasihatkan trus buat dialisis.. memandangkan keadaan mak trus sgat.. so ktorg setuju je.. duit mmg pejam mata.. yg pnting mak sihat.. tp dlm pejam2 mata ni.. risau gak.. yelah tujuan dtg nak mintak advise je.. since GH mmg tak buat apa walau mak ni dh lama sesak nafas.. lpas 1 jam buat dialisis mak dh b'ansur ok.. dh bleh duduk b'sandar...

lpas cuci darah.. aku mntak doktor referkan ke GH.. mgkin doa anak2.. selama ni ada je alasan GH kata xde tmpat kosong nak buat dialisis.. tp arini smua urusan dipermudahkan.... alhamdulillah.. moga Opah sihat mcm dulu..